Saturday, March 29, 2008

PeNGeMBaRaaN....


Sudah lama saya tidak update blog ini...kadang2 masa tidak mengizinkan, tambahan plak skrg sibuk dengan keje untuk pra sukma yang hanya tinggal beberapa hari lagi..tp nak ckp saya ni sbk sangat,xde la...hehehe

Kalu nak diikutkan,minggu ni saya ingin ke Pesta Buku di PWTC.Memang tak p'nah pegi ke pesta buku macam tu.Selalu beli kat kedai2 buku je...Setiap kali ke Kuala Lumpur,saya m'ti beli buku yg ssh nak dpt..terutamanya keluaran KarnaDya...Sudah lama saya mencari novel Pengembaraan Fantasi yang ditulis oleh Dlyn Azmi.Akhirnya,saya dapat membelinya di Pasaraya Midvalley ditemani kawan2...terima kasih banyak2 pada shima n tunangnya kerana menemani saya utk mencari novel tersebut.Dan pada kawan2 yang lain...ina,zul,ija,oney dan lin..terima kasih kerana datang jumpa saya kat midvalley..sayang korg sume...

Memang lama juga utk saya menghabiskan buku2 tersebut...biasala..xde masa sesuai nak baca bla sbk dgn hal2 lain...apatah lagi saya selalu batuk n selsema...tp skrg..saya sudah habis baca dr pf1 - pf3..cuma pf4 saje yang blm beli lg.xpe,slps ni saya akan dpt bca jg...yuhuuuuuuuu...

Novel Pengembaraan Fantasi ini ditulis oleh Dlyn Azmi yang berasal dari Tapah, Perak..Sekarang beliau melanjutkan pelajaran di NZ untuk PhD...Saya mengenalinya di alam maya sahaja..tak pernah b'jumpa... tp kata orang, tak kenal maka tak cinta..hehehehe..

Novel-novel ini adalah buku pengembaraan fantasi yang pertama saya baca sejak bekerja..dulu pernah baca msa zaman kanak-kanak...memang menarik ceritanya.. sambungannya juga menarik.. tahniah!memang tak sangka K.Dlyn dapat menghasilkan buku pengembaraan fantasi yang cukup menyeronokkan s'pai tak sabar2 nak tau cite selanjutnya....memang tak membosankan..tak rugi saya beli buku akak..adik-adik pun cakap best..siap tya..takde sambungan lagi ke????nampaknya saya kna beli sume novel pf yang ada slps ni...tak boleh ketinggalan...tak best bla kta bca hya 1 buku je...kna bca dr pf1 hingga seterusnya....

Apa-apa pun..tahniah untuk K.Dlyn...semoga K.Dlyn akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan semoga berjaya menjadi seorang penulis yang disegani dan terkenal....saya bagi *****...


p/s: untuk k.dlyn....study elok2 k....smoga b'jaya dengan cemerlang dlm PhD.

Monday, March 24, 2008

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wallahhualam.....

Sunday, March 23, 2008

A.H.L.I B.A.R.U

Tanggal 3 Nov 2007 masih segar dalam ingatanku...ketika itu,aku masih berada di pejabat..tiba2, dapat panggilan daripada adikku, Kimie mengatakan ibuku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1kg di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Mula-mula aku tak percaya kerana adikku suka main-main dengan aku..tapi bila aku tanya pada sorang lagi adikku, Nazrin...dia cakap betul.Terus aku telefon ayahku bertanyakan hal tersebut...Alhamdulillah,semuanya selamat.Aku terus mengambil cuti selama beberpa hari untuk menjaga ibuku dalam pantang...wah...macam pandai je jaga orang dalam pantang ni..hehehehe...Nasib baik bos ku telah meluluskan cuti tersebut...
Setelah beberapa hari duduk di rumah...mula lah sibuk mencari nama untuk adikku..macam2 nama yang dipilih...Akhirnya,kitorang sepakat memilih nama yang diberikan ayahku...Kini usia 'HARITH ISKANDAR' sudah hampir 5 bulan...x s'ka masa berlalu terlalu pantas...
Semoga Harith akan berjaya dalam kehidupannya...

Permulaan

hmm...ari ni permulaan bagi aku untuk mencoret segala kenangan manis dan pahit..berkongsi apa-apa cerita pun dalam blog ini...

Sebelum tu,aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada 'Kak Dewi' kerana telah banyak memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan blog ini...Terima kasih juga kerana akak sudi mendengar segala masalah dan banyak memberi nasihat dan pandangan...Aku doakan semoga 'Kak Dewi' akan terus berjaya dalam bidang penulisan yang amat diminatinya.